Cara Membeli | Salindah | Examo |

 

Sistem ERA EDAR

Apa itu HOMOPATI

Apa itu BIOKIMIA

SALINDAH

EXAMO

MATSA

Stokis:
Alijas Bt Jaffar
No Tel: 03 3122 6682
HP: [016] 909 3466

KONSULTASI PERCUMA DENGAN PEMBELIAN SAHAJA.









Apa itu Homopati | Prinsip Homopati | Remedi Homopati |
Perkembangan Homopati |

 

Apa itu Homopati?

Adalah proses dimana sesuatu yang boleh meracun kita dengan mendatangkan apa jua masaalah dan menjelmakan simptom-simpton penyakit, bahan tersebut boleh diproses dan dijadikan remedi bagi mengubati penyakit yang timbul dari reaksi racun tersebut.

Sebagai contoh, kesan menghidu atau memakan bawang merah boleh menyebabkan kita mendapat simpton bersin-bersin dan hingus cair mengalir banyak , oleh itu, bawang emrah ini juga boleh diproses menjadi remedi yang mujarab bagi masaalah selesema yang mempunyai simptom hingus cair yang mengalir lancar. Simptom penyakit mestilah sama dengan simptom remedi (semasa dijalankan ujikaji awal).

Dari sini haruslah kita mengerti, Racun itulah penawarnya.

Prinsip Homeopati

  • Semua penyakit ada ubatnya
  • Penyakit yang berpunca daripada keracunan, penyelesaiannya ialah dengan berubatdengan menggunakan tenaga "racun" yang serupa
  • Kaedah menerbitkan tenaga ubat daripada racun melalui proses potentisasi atau triturasi
  • Pengilangan ubat-ubat homeopati berasaskan salah satu atau kedua-dua kaedah itu

Remedi Homeopati

Remedi yang paling tepat dapat ditentukan dengan membandingkan kesamaan simptom penyakit dengan simptom remedi. Remedi homeopati berasalah daripada pelbagai punca

  • Alam tumbuhan - sebilangan besar remedi homeopati berasal daripada alam tumbuhan
  • Alam haiwan - racun-racun haiwan berbisa seperti ular dan serangga berbisa
  • Alam kimia - terdiri daripada unsur, sebatian (asid, bes, garam) dan mineral

Apabila remedi yang tepat berasaskan simptom diberikan pada kekuatan atau potensi yang sesuai bagi mengatasi masaalah penyakit, maka akan sembuhlah penyakit berkenaan dengan izin Allah subhana wa taa'la.

Haruslah diingat, dalam keadaan tubuh bergerak menuju kearah kesembuhan daripada gangguan penyakit, akan berlaku sedikit kemelaratan simptom. Kemelaratan simptom ini bukanlah kesan sampingan dan ia tidak boleh membahayakan. Ianya berlaku buat sementara sahaja. Ia menunjukkan remedi yang diambil adalah tepat dan sedang bekerja menghilangkan penyakit daripada tubuh itu. Ianya juga dikenali sebagai krisis penyembuhan ( healing crisis).

Perkembangan Homeopati

Oleh kerana kemujaraban dan keberkesanan dan selamatnya sistem ini, Homeopati berkembang maju keseluruh dunia. Semakin ramai mula berjinak-jinak dengan perubatan homeopati dan memilih perubatan ini sebagai alternaltif kepada sistem perubatan konvensional yang menggunakan dadah. Semakin ramai juga doktor-doktor konvensional mempelajari dan mengamalkan Homeopati. Homeopati juga sudah diiktiraf oleh Badan Kesihatan Sedunia ( WHO)