Cara Membeli | Salindah | Examo |

 

Biokimia

Difahamkan bahawa penyakit terjadi akibat kekurangan mana-mana satu atau lebih daripada satu garam mineral dalam tubuh. Garam mineral ini digelar garam tisu BIOKIMIA. Hasil kajian analisis yang dijalankan oleh Dr. Schuessler mendapati terdapat 12 jenis garam tisu dalam tubuh yang sihat.

  • Kalsium Floride
  • Kalsium Posfat
  • Kalsium Solfat
  • Ferum Posfat
  • Magnesium Posfat
  • Kalium Posfat
  • Kalium Klorid
  • Kalium Sulfat
  • Natrium Klorid
  • Natrium Posfat
  • Natrium Solfat
  • Silika

Oleh kerana kandungan garam bukan organik hanya perlu dalam 5% sahaja, maka keperluan, kepentingan dan peranannya kurang diberi perhatian. Kepentingan dan peranan yang dimainkan oleh garam bukan organik menjadi sangat jelas apabila semakin ramai pihak yang menjalankan kajian dimakmal.

Prinsip Biokimia

Prinsip perubatan Biokimia Dr Schuessler

5 Prinsip perbutan Biokimia

  1. Penyakit tidak terjadi jika metabolisme (ungkaibina) sel berada dalam keadaan normal.
  2. Metabolisme sel berkeadaan normal apabila berlaku nutrisi sel mencukupi
  3. Bahan pemakanan tubuh boleh dalam bentuk organik atau bukan organik
  4. Keupayaan sel-sel tubuh mengasimilasi, mengkumuh dan menggunabahan pemakanan akan terencat jika teradapat kekurangan pada kandungan mineral bukan organik (garam tisu) dalam sel tubuh
  5. Kecukupan pemakanan sel boleh dipulihkan dan metabolism sel dinormalkan dengan membekalkan garam tisu yang diperlukan oleh tubuh dalam bentuk yang halus dan boleh diasimilasi

Sekalipun, seseorang makan makanan yang kaya dengan vitamin, mineral dan unsur surih, kadang-kadang tubuh tidak berupaya mengasimilasikan bahan-bahan tersebut. Dalam hal yang demikian, tubuh dikatakan "kelaparan dan kekenyangan". Pengambilan garam tisu potentisasi boleh membantu dalam hal ini untuk memulihkan keseimbangan molekul yang kemudian boleh menggiatkan proses asimilasi.

Proses Triturasi

Secara ringkas, proses ini melibatkan kerja-kerja "penghalusan" menurut kaedah Homeopati. Satu bahagian garam mineral asal dicampurkan dengan sembilan bahagian laktosa dan ditumbuk dan digiling dalam satu bekas untuk sekian lama. Hasilnya, dapatlah bahan seakan debu iaitu triturat pertama, 1x. Kemudian satu bahagian triturat 1x ini pula dicampur 9 bahagian laktosa, dan ditumbuk dan digiling pula untuk mendapatkan triturat 2x. Proses ini diteruskan sehingga ketahap trituasi yang dikehendaki.

Garam tisu Biokimia yang digunakan oleh Prof. Dr Azizan Bin Hj Ismail dalam rumusan-rumusannya adlaah pada tahap 6x dan dipersembahkan dalam bentuk "molded tablet" dan "compressed tablet" agar mudah hancur atas lidah dan mudah pula dimakan oleh kanak-kanak dan bayi. Contohnya : EXAMO-CKM 500.

 

 

 

 

 

Sistem ERA EDAR

Apa itu HOMOPATI

Apa itu BIOKIMIA

SALINDAH

EXAMO

MATSA

Stokis:
Alijas Bt Jaffar
No Tel: 03 3122 6682
HP: [016] 909 3466

KONSULTASI PERCUMA DENGAN PEMBELIAN SAHAJA.