Cara Membeli | Salindah | Examo |

 

Sistem ERA EDAR

Apa itu HOMOPATI

Apa itu BIOKIMIA

SALINDAH

EXAMO

MATSA

Stokis:
Alijas Bt Jaffar
No Tel: 03 3122 6682
HP: [016] 909 3466

Konsultasi percuma dengan Pembelian sahaja. 








Pengenalan | Masaalah sebelum bersalin |
Masaalah selepas bersalin
| Khasiat dan Penggunaan Salindah

 PEMBERITAHUAN!!!

 Mulai Julai 09 - Dec 09, Alijas Portal akan memberikan potongan sebanyak 10%. Untuk maklumat lanjut sila klik  disini.

 

Salindah Set Lengkap

 

" SALINDAH mulai diperkenalkan kepada masyarakat sejak tahun 1981. SALINDAH merangkumi kedua peringkat dari sebelum bersalin sehinggalah waktu lepas bersalin. SALINDAH set lengkap diambil dari awal hamil dan tamat sehingga waktu habis pantang, iaitu kira-kira 40 hari selepas bersalin. Bagi ibu yang mengambil SALINDAH Set Lengkap ini, maka ia memperolehi keseluruhan kebaikannya. Perlu juga dinyatakan disini bahawa rencana pemakanan jagaan dan rawatan ibu hamil ini disediakan daripada ubat-ubatan menurut kaedah Homeopati dan Biokimia yang memang telah dimaklumkan TIDAK BOLEH MENDATANGKAN KESAN SAMPINGAN DAN KERACUNAN"

Pengenalan:

Bagi kaum wanita, hamil atau mengandung adalah satu pengalaman yang tidak sama dengan pengalaman-pengalaman yang pernah mereka lalui. Ada wanita yang merasa amat gembira bila mengetahui dia dan suaminya akan memperolehi cahayamata dan ada juga yang merasa bimbang dan takut-takut terutama bila menjelang waktu melahirkan anak, mungkin kerana mendengar pelbagai khabar mengenai sukarnya melahirkan anak.

Setelah menyedari masaalah yang dihadapi oleh kawum wanita semasa mengandung, Prof Dr. Azizan Bin Hj Ismail telah mengkaji secara mendalam mengenai kehamilan dari semua aspek dan kemudian berusaha menghasilkan satu rencana pemankanan jagaan rawatan ibu dan tian yang dikandung. Dengan adanya rencana pemakanan ini, maka kaum wanita dapat melalui zaman kelahiran dan dapat melahirkan anak dengan aman tenteram, jauh daripada rasa takut, cemas dan bimbang, terhindar daripada aneka rupa masaalah waktu mengandung, semasa bersalin dan selepas bersalin. Dengan itu, mengandung dan bersalin akan menjadi pengalaman yang akan dinikmati. Rencana penjagaan dan rawatan kehilan ini telah berbakti kepada kaum ibu dan telah mendapat sanjungan tinggi dikalangan ibu dan doktor, bukan hanya diMalaysia malah juga mereka dari luar negara. Prof. Dr. Azizan menamakan rencana penjagaan ini sebagai SALINDAH. <atas>

Masaalah yang kerap dihadapi oleh ibu mengandung

  • Loya
  • Muntah
  • Pening pusing
  • Kurang selera makan
  • Kecenderungan berdarah pada rahim
  • Keguguran
  • Sakit gigi
  • Lenguh & Bisa tulang
  • Pedih ulu hati
  • Kembung dan memulas dalam perut
  • Sembelit
  • Krem-krem (simpul biawak)
  • Aliran vena yang lembab
  • Vena Varikos
  • Berat badan meningkat
  • Tekanan darah tinggi
  • Bengkak kaki
  • Bersalin tidak cukup bulan atau lebih tempoh
  • Sakit cabang peha
  • Kedudukan anak songsang

<atas>

Masaalah selepas bersalin

  1. Tersangkut uri
  2. Tumpah darah
  3. Sakit meroyan
  4. Rahim Gelincir
  5. Sembelit
  6. Kencing tertahan
  7. Kurang susu
  8. dsb ( dan sebagainya )

<atas>

InsyaAllah, dengan mengambil SALINDAH sebahagian daripada masaalah yang dinyatakan diatas dapat diatasi atau diringankan kesannya.

Semasa mengandung ibu-ibu dinasihatkan agar menjaga makan minumnya. Prof. Dr Azizan yakin bahawa banyak daripada masaalah kesihatan yang , dideritai oleh bayi yang baru lahir dan kanak-kanak seperti jantung berlubang, penyakit kuning, cacat anggota tertentu, leukimia, thalassemia dan lain-lain lagi ada kaitannya dengan amalan makan minum ibu sewaktu hamil.

Khasiat dan panduan penggunaan SALINDAH

Item

Penggunaan

Khasiat

B1

Mulai minggu ke-12 hamil

  • Memberi zat besi mudah hadam yang diperlukan oleh setiap ibu mengandung.
  • Menghilangkan atau mengurangkan muntah dan loya serta alahan.
  • Menolong tumbesaran tian.
  • Mencegah demam, batuk, selsema, sejuk-sejuk, sakit kepala, sakit gigi dan lain-lain
  • Menghilangkan kesan jatuh atau rebah
  • Melancarkan aliran darah agar mencegah timbul simpul urat kaki
  • Menghilangkan letih lesu

<atas>

B2

Mulai minggu ke-24 hamil

  • Memberi zat untuk tumbesaran tian
  • Menguatkan tulang dan membina otak tian, disamping menambahkan darah
  • Menambah selera makan
  • Menghilangkan sengal tulang dan kebas anggota kaki dan tangan
  • Mencegah osteoperosis

<atas>

B3

Mulai minggu ke-28 hamil

  • Memberi zat untuk pembinaan saraf dan otak anak
  • Menghilangkan masaalah takut, cemas dan bimbang
  • Mencegah simpul biawak atau krem betis
  • Mendatangkan ketenangan bagi menghadapi bersalin

<atas>

Catatan: Ibu yang mengamalkan SALINDAH daripada item B1 (bermula dari 12 minggu hamil) akan memperolehi anak yang sihat, segar, pintar, cergas, keras tulang dan gigi, subur tumbesaran tubuh, dan sukar didatangi penyakit.

B4

Mulai 4 minggu sebelum bersalin

  • Remedi istimewa untuk mengawal alamat sebelum jangkaan (alamat palsu)
  • Menghilangkan sakit bersalin, sakit urat dan otot
  • Menyediakan saluran peranakan sebelum bersalin dengan mengendur dan menganjalkan otot-otot pencerut kawasan saluran peranakan
  • Memudahkan kelahiran bayi
  • Menghilangkan perasaan takut dan cemas

<atas>

Catatan: Kalau bayi dalam kandungan songsang, bolehlah minta bidan betulkan tapi kalau masih juga berpusing songsang, jangan ganggu lagi, takut nanti tali pusat berpintal pada leher dan anggota bayi. InsyaAllah, bila sampai waktu bersalin, bayi akan berpusing betul kesan daripada remedi B6

B5

Mulai 2 minggu sebelum bersalin

 

  • Remedi ini melanjutkan dan menolong tindakan B4
  • Mengendur dan menganjalkan otot pencerut saluran peranakan dan memberi daya teranan “ labour” sewaktu bersalin

<atas>

B6

Mulai 1 minggu sebelum bersalin

  • Remedi ini menguatkan teranan
  • Menolong mengurangkan sakit waktu bersalin
  • Mempercepatkan dan memudahkan keluarnya anak
  • Membuka luas saluran peranakan dan mengurangkan sakit lepas bersalin

<atas>

Nota: Segera ke hospital atau dapatkan bidan apabila terasa sakit.

L7

Selepas bersalin

  • Remedi cair bagi menyembuhkan luka atau jahitan dengan cepat
  • Menghilangkan sakit pada luka jahitan
  • Mencegah jangkitan kuman dan penahanan

<atas>

L8

Mulai 8 jam selepas bersalin

  • Bila keluar sahaja anak, terus makan remedi ini. Remedi ini membantu menyembuhkan rasa sakit-sakit
  • Menghentikan darah
  • Mencegah sakit meroyan, demam dan sakit kepala

<atas>

L9

Mulai hari ke-2 selepas bersalin

  • Remedi istimewa ini menghilangkan sengal selepas bersalin dan bisa-bisa sakit meroyan
  • Menghentikan darah nifas
  • Membetulkan urat-urat darah yang putus
  • Menyusun semula alat peranakan dan menguatkan seluruh anggota itu.

<atas>

L10

Mulai hari ke-6 selepas bersalin

  • Remedi ini mempercepatkan rahim dan saluran peranakan mengecut semula
  • Mengangkat rahim kembali ketempat asal
  • Mengurangkan simpul urat biru

<atas>

L11

Mulai hari ke-7 selepas bersalin

  • Remedi tonik ini istimewa bagi memanaskan badan
  • Menambahkan selera
  • Membaiki penghadaman dan pembuangan najis
  • Menenangkan tidur
  • Menghilangkan kebas-kebas
  • Menyegarkan rahim dan alat peranakan

<atas>

L12

Mulai hari ke-21 selepas bersalin

  • Remedi ini menjaga kesihatan ibu selepas bersalin agar sentiasa sihat
  • Mengembalikan kekuatan
  • Memulihkan alat perkelaminan
  • Menimbulkan kesegaran

<atas>